Jom tukar Karpet Surau & Masjid anda. Dapatkan Sebutharga dan lawatan tapak percuma
PT JAWA MUAR
Sentuhan Baharu untuk Masjid Sungai Balang Kecil
Masjid Sungai Balang Kecil kini sedang menjalani proses pembaharuan struktur tiang dan pengecatan baharu. Demi memastikan jemaah mendapat keselesaan yang lebih baik, Pengerusi Masjid, Tuan Aris, menghubungi pihak kami untuk mendapatkan cadangan karpet yang sesuai untuk dipasang selepas kerja-kerja masjid selesai.
Hasil perbincangan bersama Qariah Muda, pilihan terbaik yang dipersetujui ialah karpet jenis Al-Riyadh 4 million berwarna hijau. Karpet ini dipilih kerana rekaannya yang ringkas tetapi moden, menjadikannya pilihan yang tepat untuk suasana masjid yang lebih tenang dan nyaman.
Masjid Sungai Balang Kecil juga bertuah kerana mendapat sokongan daripada dua dermawan tersohor, iaitu Tuan Haji Sameon Samridi dari Semudia Enterprise dan YB Selamat Takim, ADUN kawasan, yang turut menyumbang untuk wakaf karpet masjid.
Proses Pemasangan yang Lancar dan Berkualiti
Setelah menerima kelulusan daripada Jabatan Agama Islam Johor, pasukan kami segera menjalankan kerja-kerja pemasangan. Dengan penuh dedikasi, pemasangan karpet berjalan lancar dan sempurna.
Melihat wajah kegembiraan para jemaah ketika bersolat di atas karpet yang empuk dan selesa adalah satu kepuasan bagi kami. Semoga usaha AJK masjid ini mendapat keberkatan, dan semoga para dermawan yang budiman terus dilimpahi rezeki serta kejayaan dunia dan akhirat. Amin.
Hubungi kami untuk projek pemasangan karpet di masjid atau Surau anda
https://wa.me/message/LA5T6YCRECNFE1
#solat #berjemaah #karpet #pasangkarpet #karpetsurau #karpetmasjid #surau #karpetcantik #karpettahanlama #karpetberkualiti #MASJIDSGBALANGKECIL #PTJAWA #MUAR #CARPETALRIYAD #HIJAU— di Parit Jawa.